Di dlm meniti kehidupanku ini, tidak pernah ku rasa perasaan itu, adakah ini semua ujian daripada Tuhan ataupun ia sememangnya adalah takdir aku.
Di kala melihat rakan-rakan aku yang lain, yang mampu aku lakukan hanyalah sekadar menyimpannya di dalam hati sanubariku.
Kebebasan yang tidak akan aku tahu bila dapat aku rasai, hanya kesunyian menyelubungi hati.
Kebahagiaan itu memang amat diimpikan oleh setiap insan yang bergelar manusia.
Sekalipun ia memberi luka yang sangat mendalam, asalkan dapat melihat sinar nur di wajah yang lain, tidak akan aku membiarkan terus sebegini.
Segala apa yang telah aku capai sehingga ini sudah cukup untuk membahagiakan diri yang lemah ini.
Jikalau ditinggalkan dengan sepi, maka akan diberitahu dengan penuh kisah dan masa.
Andai kata, kewujudan pari-pari diberi peluang, hajat yang aku pinta ialah memutar balik masa, tetapi itu semua adalah syirik belaka.
Tidak pernah aku rasa keriangan yang di dalam kotak rumahku, hanya keseorangan menemani diri.
Sekilas ikan di laut, sepantas kilat di langit, secerah cahaya As-syams, walau jauh mana pun dari Al-ardh, aku tidak dapat mengubah itu semua.
Aku tahu bahawa itu takdirku, jadi tidak salah bagiku untuk berbuat apa sahaja pada takdirku. Penghijrahan yang memerlukan pengorbanan yang amat besar demi mencapai apa yang dikehendaki.
Apa yang aku pohon hanyalah bukan sahaja Nur untuk diriku tetapi Nur untuk mereka agar dapat bersama-sama menuju ke arah Nur yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment
org punyer komen