Wednesday, December 30, 2009

Holiday in Pangkor Island...


best giler...first time seumur hidup aku ni gi snorkeling...
tapi yg klakar dia, masa snorkeling tu aku xleh klau x berpaut pd sesuatu..
jd spanjang aku snorkeling tu, aku pegang je jaket keselamatan sepupu aku tu..
dia yg pimpin aku gerak2 kat atas air tu mcm org tua..
aku duk diam je..
pastu tgk la ikan2 tu ckit..
tp air dia keruh la..
sampai xde feeling snorkeling langsung...
ikan pon, ikan biasa2 je..
adalah warna warni ckit..
memang best la, dpt naik bot round skeliling laut tgk pulau apa yg ada..
ngan pergi blk dia naik feri lg..sgt2 best bg aku..
lg 1, aku dpt tgk burung kenyalang yg mcm kat sabah sarawak tu..
tp yg kat pangkor ni warna putih...
byk sgt, dpt tgk btol2 dpn mata aku...
cuma terlepas pluang nak bg makan je...
nasib baik la xde yg plancong2 asing yg tanya pape kat aku..
malas la aku nak speaking...
klau salah grammar nanti habisla, buat malu aku je..
lain la klau speaking ngan kwn2 aku..
itu aku xkisah la klau salah grammar...
antara sume tu, snorkeling bende paling best...
siap blaja nafas ikot mulut ngan blaja terapung sblum nak snorkeling tu...
hebat2, kene ada kelas dulu baru boleh....
korang dah try??

Wednesday, December 23, 2009

Riddle time!!

gelek2 telur...pecah sebiji...
gelek2 telur...pecah sebiji...
pernah dgr?sape x pernah dgr kan...
sume org pernah, permainan zaman bdak kecik2 dulu...
mcm tu lah, masih x matang lg...
citer pasal telur ni, hari ni btol2 sebiji telur ayam yg ayah aku bela dah pecah...
baru je pg tadi, sedih giler, menyesal aku x amik awal2...
ayam tu bertelur kat atas mesin basuh, mesin basuh tu kat luar rumah...
bila mesin tgh bergoyang2, telur tu gerak ckit demi ckit....
pastu jatuh...ketepek!!(lebih kurang mcm tu la bunyi dia)...
rugi giler, tau x sebiji telur tu amat berharga...
bkan saje bleh jd telur goreng, nak dptkan lg byk ayam pon boleh...
x ke untung mcm tu?lepas ni, klau aku nampak je sbiji telur...
aku akan terus amik mcm singa kelaparan(btol ke perumpamaan aku ni?)..
tentu sume pelik kan bila dgr ayam bertelur kat atas mesin basuh...
mana reban?xde reban ke?hahahahaha...
jwpnnye, ayah aku tu ada buat reban, tp reban tu x cukup nak menampung ayam yg dah byk sedia ada ni, jd terpaksalah guna segala tempat yg ada asalkan dpt telur sudah..
btol x?ke salah aku ckp ni?





Lg 1 story, pc aku dah xleh nak masuk game kat facebook la...
bila masuk je apps game2 tu, nanti pc aku ni off tetibe...
sape x bengang, tgh syok2 main, bleh plak jd mcm tu...
benci btol aku! dah byk kali dah...
sabar je la aku..ujian tuhan, ada hikmah di sebalik sume ni...
always think positive..




~~R944L5~~


--the end of the place and time, the first of the excitement and explore, the middle of the freak and fresh--

Tuesday, December 22, 2009

Kehadapanmu...

Di dlm meniti kehidupanku ini, tidak pernah ku rasa perasaan itu, adakah ini semua ujian daripada Tuhan ataupun ia sememangnya adalah takdir aku.
Di kala melihat rakan-rakan aku yang lain, yang mampu aku lakukan hanyalah sekadar menyimpannya di dalam hati sanubariku.
Kebebasan yang tidak akan aku tahu bila dapat aku rasai, hanya kesunyian menyelubungi hati.
Kebahagiaan itu memang amat diimpikan oleh setiap insan yang bergelar manusia.
Sekalipun ia memberi luka yang sangat mendalam, asalkan dapat melihat sinar nur di wajah yang lain, tidak akan aku membiarkan terus sebegini.
Segala apa yang telah aku capai sehingga ini sudah cukup untuk membahagiakan diri yang lemah ini.
Jikalau ditinggalkan dengan sepi, maka akan diberitahu dengan penuh kisah dan masa.
Andai kata, kewujudan pari-pari diberi peluang, hajat yang aku pinta ialah memutar balik masa, tetapi itu semua adalah syirik belaka.
Tidak pernah aku rasa keriangan yang di dalam kotak rumahku, hanya keseorangan menemani diri.
Sekilas ikan di laut, sepantas kilat di langit, secerah cahaya As-syams, walau jauh mana pun dari Al-ardh, aku tidak dapat mengubah itu semua.
Aku tahu bahawa itu takdirku, jadi tidak salah bagiku untuk berbuat apa sahaja pada takdirku. Penghijrahan yang memerlukan pengorbanan yang amat besar demi mencapai apa yang dikehendaki.
Apa yang aku pohon hanyalah bukan sahaja Nur untuk diriku tetapi Nur untuk mereka agar dapat bersama-sama menuju ke arah Nur yang lebih baik.

Saturday, December 19, 2009

I Like!!


susah btol la klau dah duk umah ni...
hw yg berlambak tu x disentuh ckit pun..
lebih2 lg esei bm 1000 p.perkataan tu..
bleh cramp tgn aku mcm tu...
klau aku buat hw2 tu pon, nanti ada lubang2 yg belum diisi..
aarrggghhh!! malas la ckp pasal hw ni, kita ckp pasal benda lain plak ek?
yg aku paling suka pasal cuti kat umah ni...
ialah...aku dpt tgk drama2 korea yg baru kat tv tu...
tentu sume org pelik bila dpt tau yg aku ni minat korea....kan?
aku ni lain dr yg lain, biasanye lelaki minat yg ganas2 ckit...
tapi aku minat yg sentimental2 ni....hihihihihi...pelik kan?
yg terbaru punyer drama yg tgh aku tgk kat tv skang, 'Boys Over Flowers'..
best sgt3, bg aku la, klau org lain mungkin ntah pape..
nak gtau dia citer pasal apa, aku pon x brape jelas sgt...
yg aku faham, dia mengisahkan tentang seorang pompuan yg miskin, pompuan ni masih skola lg, dlm skola tu, ada senior yg ramai minat, senior2 ni dikenali sbg F4, sbb ada 4 org...
klau nak tau lg pasal citer ni, tgk la sdiri kat 8tv kul 8.30 mlm tiap2 hari isnin-jumaat...
bg sesiapa yg minat korea, tgk la citer ni, best sgt2....sgt best bg aku tau.....

Wednesday, December 16, 2009

Cahaya atas Cahaya


''Berbahagialah org yg dpt menjadi tuan utk dirinya, menjadi pemandu utk nafsunya dan menjadi kapten utk bahtera hidupnya,'' -Saidina Ali-

Diriwayatkan drpd Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud : Allah SWT b'firman : ''Aku adalah berdasarkan sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika ia mengingatiKu dlm dirinya, nescaya Aku juga mengingatinya dlm diriKu. Apabila ia mengingati mengingatiKu dlm satu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dlm satu kaum yg lebih baik drpd mereka. Apabila ia mendekatiKu sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila ia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya sedepa. Apabila ia dtg kepadaKu dlm keadaan b'jalan, nescaya Aku akan dtg kepadanya dlm keadaan b'lari.''

''...Perasaan ditemani Allah merupakan penghibur dalam kesepian, pelindung dalam ketakutan, perencah keamanan diri, pencorak keceriaan jiwa, penawar segala duka, peneman dikala senang dan payah..hati terdetik diketuk rasa rindu padaNYA, kerana cinta padaNYA, hati redha menerima segala ketentuanNYA..itulah erti tawakal yang sebenar..hiasi nurani diri dengan amal ibadah dan munajat kepadaNYA..semoga rahmatNYA sentiasa bersama kita...'' AMIN...........

buat renung2an kpd semua pembaca...

A Real Friend


A real friend would forgive If I did something wrong...
A real friend will lend a hand Whenever I'm not strong...
A real friend would listen If I tried to speak...
A real friend will accept Whether I am strong or weak...
A real friend would care If I ever fell ill...
A real friend will know How I really feel...
A real friend would always be there If I need them by my side...
A real friend will remember me Long after I have died...
A real friend would be forever If I even moved away...
A real friend will never truly leave In each other's hearts we shall always stay..

Tuesday, December 15, 2009

BIRTHDAY AKU!!


gembiranya aku hari ni...
tapi aku x segembira org lain meraikan harijadi diorang sume..
ntahlah, nak ckp ke xnak..
baik aku simpan je..
lgpun aku dah biasa dah dgn keadaan mcm ni..
jd x payah la risau sgt...
mungkin hadiah x dpt hari ni, tp aku percaya..
satu hari nanti pasti akan ada hadiah yg paling bermakna utk aku..
kpd kwn2 aku sume, thanks byk2 sbb wishkan utk aku...
dpt wish drpd org lain pun dah cukup bg aku..

Dlm2 aku menaip benda ni...

aku sbnrnye masih mentah lg dlm membuat blog ni...
jd bg sesiapa yg sudah expert, ajar2 la saya ni...
bkan apa, baru je buat smalam blog ni..
itupun ntah pape aku buat..
menjadi ke x blog aku ni, aku pun xtau la...
tp nak buat mcm ner kan...
dlm hidup ni memang stiap hari kita pasti akan blajar benda baru..
x kiralah dlm pelajaran mahupon kehidupan seharian...
apa2 pun, aku mestilah bersyukur kerana masih lg diberi nikmat iman dan islam..
Alhamdulillah...

Dapat result!!



aku harap sgt nak dpt 3.70 something..
malangnya skadar 3.50 saje..
bila tgk je result tu, prasaan yg first skali timbul..
sgt3 sedih, sampaikan x ternangis..
tapi hari berganti hari, aku sedar..
bahawa ramai lg yg brada di bwh aku..
jadi aku tidak spatutnya utk berasa sedih, dah xde gunanya..
menyesal dahulu pdapatan, menyesal kemudian tidak berguna...betul?
(ceehhhhhhhhhh........peribahasa konon, bm 60 nak peribahasa2, apa la aku ni)
dan akhirnya aku tau, apa yg spatutnya aku rasa ialah..
kesyukuran yg tidak terhingga kpd Allah SWT..
kerana masih lg memberi aku pluang untuk merasa nikmat mdpt anugerah penghormatan pengetua...Alhamdulillah...